Yehaa...Hadiah Dah Sampai.















Tengahari tadi tengah syok layan Fb tiba-tiba anak dara Mama @ adik datang bagitau ada lori berhenti depan rumah. Mama fikir mesti lori sampah "biarlah".  Kemudian Adik datang lagi n bagitau orang lori panggil. Aikk.., ngape pulak orang lori panggil, sampah Mama busyuk sangat ke? He.. he.. he.

Rupanya bukan lori sampah tapi lori dari City Link. Ada barang hantaran dari Berita Harian. Yehaa...melihat satu bungkusan besar Mama dah dapat agak apa isi kandungannya. Ceritanya bermula begini :-

Beberapa bulan yang lepas, sewaktu berada di kampung, Mama ada terbaca satu peraduan dalam akhbar Berita Harian. Peraduan tu dari syarikat Camel Active. Tiada soalan atau modal yang dikenakan, sebaliknya hanya mengisi cogankata untuk jenama pakaian lelaki, Camel Active.

Bila berada kat kampung maklum ajelah, banyak sangat aktiviti yang hendak dibuat, lebih-lebih lagi bila dah berjumpa adik-beradik yang memang jarang-jarang bersua muka, Al maklumlah masing-masing duduk jauh.

Bila dah balik rumah barulah teringat akan borang peraduan tu, lupa lak nak ambil. Mama pun cerita ngan Hubby tentang peraduan tu. Maklumlah Hubby memang suka bab masuk peraduan ni. Yang peliknya selalu menang lak tu. Ada guna mandrem ya Hubby...he he he. Tak kot. Itulah namanya tuah manusia.

Mendengar Mama bercerita, Hubby tersenyum simpul. Ah senyuman inilah yang membuat Mama terpaut hati pada Hubby dulu... alamak terlebih sudah. Rupanya di sebalik senyumannya itu ada makna yang tersirat. Hubby lebih dulu bertindak dari Mama, awal-awal lagi dia dah ambil borang tu. Emm... bijak bijak, memang bijak.

Dengan harapan tinggi menggunung, Hubby mengisi borang tu. Setelah meneliti dari setiap sudut, akhirnya terciptalah cogankata yang boleh dikatakan ngam lah jugak..he he he.

Beberapa bulan pun berlalu...cam drama Melayu lah pulak. Suatu hari tu Hubby dapat panggilan dari Berita Harian yang mengatakan Hubby menang tempat pertama. Mulanya Hubby tak percaya, aik! jangan main-main, ni panggilan hangit ke? Tapi setelah diyakinkan, Hubby akur dengan kemenangan itu. Hai takkan setakat akur je. Dalam hati dah melonjak-lonjak kegembiraan tu! Hubby pun memberi saiz baju, seluar dan kasut seperti yang diminta wakil dari Berita Harian tu. 

Dan inilah hasil dari kemenangan tu, juga merupakan hadiah sempena Hari Bapa serta bolehlah Hubby buat baju Raya tahun ni : )

Terima kasih daun keladi CAMEL ACTIVE...


































































5 ulasan:

Benrauf berkata...

wow. cantiknya kasut tu. camel active pulak tu.

Norish AqiSya @ Mama berkata...

lebih2 lagi barang free,memang cantik.

..::warna::wanie::.. berkata...

tahniah kak...best rrr

Norish AqiSya @ Mama berkata...

terima kasih warna wanie.

paeijah berkata...

aku ingatkan hang pemenang novel terbaik ke...hehehehe,

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...