|
Berposing sakan he he he |
Cuti hari buruh yang panjang baru ni, sempatlah Mama sekeluarga balik kampung halaman melepas rindu pada orang tua dan sanak saudara. Memandangkan kampung Mama dan Hubby berdekatan, maka kenalah balik kampung kedua-duanya. Hari Sabtu, Mama balik kampung Hubby kat Chenor semalaman. Hubby biase la, kalau balik kampung mesti gi mancing punya kat sungai Pahang. Tapi bila balik mancing dari jauh Hubby dah sengih-sengih. Usahkan ekor ikan, sirip ikan pun tak nampak bayang. Ke pasor jugok.....
Pada Hari Ahad giliran kami pulang ke kampung Mama, di Felda Sungai Nerek. Perjalanan pulang dari Chenor ke Sungai Nerek mengambil masa hanya 15 minit je.... sepanjang perjalanan tu ade le satu Nursery yang sering Mama kunjungi. Hari tu singgah le kejap mencuci mata nengok pokok-pokok bunga dan buahan. Nursery ni best sebab harga jualnya taklah mahal sangat, siap boleh tawar menawar lagi. Nengok-nengok sikit punya lama da... tapi last-last beli sebatang pokok manggis yang dipesan oleh ibu Mama je..... he he he. Nanti datang lain kali, Mama nak beli pokok jambu batu dan mempelam epal nak tanam kat belakang rumah Mama. Nak beli sekarang tak muat kereta lak.
Jom ikut Mama nengok ape yang ade kat nursery tu.
|
Ni la nursery tu, kat Jalan Maran depan Pusat Pertanian Bukit Lada |
|
ni kat belakang nursery, nak nengok anak pokok manggis |
|
cantik kan bonsai kat belakang ni, Along biase la buat lawak |
|
adik ngan pasu-pasu nya |
|
Along peminat air terjun |
|
deretan bunga-bunga |
|
bunga tak tau ape nama |
|
bunga yang cantik menawan |
|
pening kepala nak pilih mana satu he he he |
|
orkid pun ade |
|
orkid lagi |
|
berduri |
|
layan je la |
|
rase cam nak beli pasu plak |
|
Along dah mula bosan, bunga jadi mangsa |
|
Mama borong semua pasu ni. " Along dah letih Mama" |
|
O.k bye balik dulu |
0 ulasan:
Catat Ulasan