Pernahkah anda mengalami situasi ini, dimana tengah syok jalan-jalan tetiba selipar jepun yang anda pakai terputus seperti gambar di bawah ini?
Mama sendiri pernah mengalami situasi seperti itu ... tapi Mama terus buang dan beli selipar baru, mujur tempat kejadian tu dekat dengan kedai, boleh beli, kalau tak balik berkaki ayam lah Mama jawabnya. Tapi ayam nk pakai ape yek ?……
Tapi sebenarnya, ade cara untuk membuatkan kita boleh memakai selipar yang putus itu buat sementara nak sampai rumah. Ye lah, kalau nak beli baru pun membazir jugak, kat rumahpun dah berlambak ngan selipar, atau mungkin masa kejadian tu lupa nak bawak duit lak. Kan naya…..cuma gunakan sedikit kreativiti, semua dapat diatasi.
Caranya seperti di bawah ni :-
Seterusnya potong satu lagi straw ( jika ade gunting atau pisau, kalu takde gigit je..) ngam-ngam dengan ruang jari kaki, kemudian masukkan straw yang dipotong tadi kedalam straw yang telah disimpul pada selipar tadi.
* ilustrasi menggunakan straw warna lain, supaya kelihatan jelas, kalau situasi sebenar ikut je warne apa pun ya he he he....
Setelah itu, masukkan straw tadi ke dalam lubang selipar jepun itu.
Akhir sekali, straw yang dimasukkan itu dibentuk seperti mengikat simpulan tali, hasilnya seperti gambar dibawah ini.
O.K sekarang selipar jepun anda telah siap dan boleh digunakan. Senangkan?
p/s : Cara ni digunakan semasa darurat je tau, jangan pulak terus dipraktikan sampai bila-bila, kang bangkrup plak kedai jual selipar jepun.
0 ulasan:
Catat Ulasan