Bubur Lambuk Masjid Jamek Kg. Baru




















Bubur lambuk merupakan sejenis hidangan yang amat popular dalam bulan Ramadhan di Malaysia. Kebiasaannya ia akan dimasak secara bergotong-royong di masjid-masjid ataupun surau. Ia kemudiannya akan diagih-agihkan kepada jemaah dan penduduk sekitar.















Sekarang bubur lambuk Masjid Jamek Kg. Baru merupakan bubur lambuk yang paling popular di Malaysia.

Menurut sejarah, Encik Said Bank telah mencipta resepi bubur lambuk berkenaan dan ia kekal digunakan hingga kini. Resepi itu telah diturunkan kepada Encik Mohd. Tahir Jaafar, imam yang bertugas ketika itu dengan amanat agar bubur lambuk tersebut diberikan percuma kepada orang ramai. Tujuan Encik Said Bank ialah supaya orang ramai akan mengunjungi Masjid Jamek Kg. Baru.















Masjid Jamek yang disebut-sebut ini telah dibuka pada tahun 1880-an. ia adalah hasil permintaan penduduk kampung yang mahukan sebuah masjid dibina di tengah-tengah Kuala Lumpur. Seorang pedagang yang dermawan berasal dari Melaka, Hj. Bachik bin Abdullah, telah menyumbangkan sebidang tanah untuk tujuan tersebut.

Masjid Jamek Kg. Baru menempa sejarah pada tahun 2000 apabila tersenarai dalam ' The Malaysia Book of Record ' kerana berjaya memasak 100 periuk bubur lambuk secara bergotong-royong.

p/s : Menurut beberapa hikayat Melayu lama, bubur lambuk tercipta di zaman pemerintahan Parameswara iaitu raja Melaka yang pertama. Parameswara ketika itu menerima kunjungan Maharaja Hun Jen dari Kemboja yang mahukan sejenis makanan yang mudah untuk ditelan tetapi sedap dan berkhasiat.

2 ulasan:

'Aisya Salim berkata...

'Aisya tak pernah makan bubur lambuk. HEHE. sedap tak mama?

Norish AqiSya @ Mama berkata...

masa dolu2 mama pernah makan tp x kena ngan selera mamalah aisya.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...