Adab Bersahur

Ramai yang memandang ringan kepada amalan bersahur. Tetapi sebenarnya, dalam amalan bersahur itu, ada banyak kelebihannya.






























Adab Bersahur :-

1. Melewatkan bersahur sehingga menghampiri waktu subuh bagi mendapatkan kecergasan, keberkatan dan ketaqwaan. Waktu sahur bermula dari tengah malam sehinggalah terbit fajar.

2. Dari Anas bin Malik RA bahawa Zaid bin Thabit pernah berkata: " Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat Subuh dan kadarnya ( di antara sahur dan solat subuh ) adalah menyamai bacaan 50 atau 60 ayat al-Quran." ( hadis riwayat Bukhari )

3. Sunat bersahur dengan makanan yang mengenyangkan. Sekurang-kurangnya tamar atau sekadar seteguk air.

Kelebihan Bersahur :-

1. Membezakan antara muslimin dan nasrani, sebagaimana hadis Nabi SAW, maksudnya: " Pemisah ( yang membezakan ) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." ( hadis riwayat at-Tirmizi )

2. Mendapat keberkatan, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : " Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." ( hadis riwayat Bukhari )

3. Berbahagialah orang-orang yang bersahur kerana menerima ucapan selawat dari Allah SWT dan para malaikat. " Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat ( berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredhaan ) ke atas orang yang bersahur." ( hadis riwayat at-Tabrani )

Doa Bersahur :-

" Ya Allah Engkau berkatilah untukku, di dalam apa sahaja yang telah Engkau berikan rezeki kepadaku, dan Engkau hindarkanlah dariku azab api neraka."

p/s : Tidak sia-sia sunnah Nabi Muhammad SAW menyuruh melewatkan sahur kerana kajian menunjukkan ia menyamai sarapan pagi. Antara sarapan, makan tengahari dan makan malam, pangambilan sarapan adalah yang paling penting dalam kehidupan manusia 24 jam. Wallahu alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...