-
Adab Berbuka Puasa
2.8.11 |
Antara adab-adab berbuka puasa adalah :-
1) Berbuka puasa sebaik sahaja masuk waktu.
2) Berbuka dengan rutab, tamar atau air kosong. Rutab ialah buah kurma yang telah dimasak. Tamar ialah buah kurma kering.
3) Membaca doa untuk berbuka puasa.
4) Bersegera solat magrib sebaik sahaja selepas berbuka.
5) Makan dengan kadar yang tidak berlebihan.
6) Mendoakan kebaikan untuk orang yang memberi jamuan buka puasa: "Baginda SAW pernah datang kepada ( rumah ) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda : Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat."
Wassalam...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
slamat berpose..
Catat Ulasan