Tips Memilih Ikan Terbaik di Pasar




















Pada kali ini, Mama akan menyentuh sedikit bagaimana kita dapat memilih ikan yang segar dipasar, kerana tidak ramai yang mahir memilih ikan yang benar-benar segar.

Ikan merupakan salah satu makanan yang cepat rosak kerana kandungan proteinnya yang sangat tinggi, ini menyebabkan ia menghasilkan bau yang kurang enak.

Untuk keperluan memasak, disarankan kepada anda untuk memilih ikan yang betul-betul segar supaya rasa hidangan yang anda sediakan lebih sedap,segar dan kandungan proteinnya pun terpelihara.

Ciri-ciri ikan segar adalah seperti berikut :-

1. Warna kulit terang dan cerah.
2. Daging ikan bila ditekan terasa keras dan ia akan kembali ke keadaan asal.
3. Mata ikan jernih menonjol dan cembung.
4. Sisik ikan segar masih melekat kuat dan berkilat, sisik tidak banyak yang tertanggal.
5. Insangnya berwarna merah.
6. Siripnya kuat.
7. Kulit dan daging ikan tidak mudah koyak, terutama pada bahagian perut.
8. Tidak berbau busuk.

Tanda ikan yang sudah tidak segar:-

1. Mata suram, merah dan tenggelam.
2. Sisik kusam dan mudah tertanggal.
3. Warna kulit kusam dengan lendir tebal.
4. Insangnya berwarna kelabu dengan lendir tebal.
5. Dinding perut lembik dan koyak.
6. Warna keseluruhan kusam dan berbau busuk.

Ikan yang licin dan berlendir permukaannya menandakan ikan itu tidak diawet.

Kalau kita membeli ikan yang dihiris atau sudah dipotong-potong yang perlu diperhatikan ialah cium bau daging ikan. Jika aromanya tidak meloyakan, bermaksud ikan itu segar. Tetapi jika sudah berbau busuk yang menusuk hidung bermaksud ikan itu sudah tidak segar.

Sentuh dan tekanlah daging ikan, jika terlalu keras seperti lobak merah kemungkinan ikan itu tersebut sudah diberi bahan pengawet atau telah dibekukan.

Lihat warna dari dagingnya, ikan yang segar warna dagingnya cerah, sedangkan ikan yang berpengawet cenderung pucat dan tidak ada lalat yang mendekati.

Sekian. Selamat membeli ikan di Pasar......


Dikutip dari :  Mega - utusan

1 ulasan:

ataicha berkata...

nice tips...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...