Pengorbanan Seorang Ibu




















Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.

Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.

Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. 

Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, “Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! ”
Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. 

Mari Kita Berpuasa Enam





















PUASA ENAM IBARAT PUASA SETAHUN

Alhamdulillah kita tamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan 1433H akan datang.

Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.

Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Nabi Muhammad saw. bersabda “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh.”

Salam AidilFitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri Mama ucapkan kepada semua follower dan semua pengunjung blog Mama.
Semoga Aidilfitri tahun ini membawa seribu makna buat kita semua.
Maaf Zahir Batin, jika ada tersilap kata dan terkasar bahasa.....

Seberapa Besarkah Kita?

Satu artikel yang panjang tetapi menarik untuk dikongsi. Bayang dan renung-renunglah......







Kemudian mari pula kita saksikan perjalanan dengan kecepatan tinggi, bergerak ke jarak 10 kali ganda besar ke arah makro “kosmos” (“alam semesta” besar). 

Kita akan mulai dari jarak 1 meter, lalu meningkat ke jarak 10 meter (10 x 1), 100 meter (10 x 10), 1.000 meter (10 x 10 x 10), 10.000 meter (10 x 10 x 10 x 10), dan seterusnya sehingga sampai ketahap  batas pengetahuan manusia saat ini.

Setelah itu, kita kembali ke jarak permulaan 1 meter tadi , seterusnya kita  teruskan perjalanan berlawanan arah pula iaitu mengurangi jarak dengan 10 kali ganda kecil kearah mikro “kosmos” (“alam semesta” kecil). 

Kita akhirnya akan menemukan (menyaksikan) ketetapan hukum alam semesta yang menakjubkan.

Kisah Hidup Seorang Budak Yang Mengharukan

Zhang sewaktu kecil





















Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaan China kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.

Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.

Kisah hidupnya bermula semenjak dia berusia 10 tahun, dimana dia ditinggalkan oleh ibunya yang sudah tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.

Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.

Apa Menu Berbuka Hari ni?

Kat bawah ni ade satu menu yang pasti mengenyangkan perut selama sebulan....he he he. Tapi menu tu belum pasti ada kat Malaysia ni, mungkin anak sedara Mama Ummu Ahlaa yang ada kat Morocco sekarang pernah jumpa kot.

Apa pun layan je lah gambar kat bawah ni......

WOWW.....baryani gam onta sekor



















Makan sekampung x habis



















Ni pulak baryani gam dhob...nyam nyam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...