Kisah Hidup Seorang Budak Yang Mengharukan

Zhang sewaktu kecil





















Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaan China kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.

Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.

Kisah hidupnya bermula semenjak dia berusia 10 tahun, dimana dia ditinggalkan oleh ibunya yang sudah tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.

Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.

Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan beberapa jenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak.

Zhang terkini


























Pulang dari sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya. Segala urusan itu, dia melakukannya sendirian.

Ubat yang mahal dan jauh untuk mendapatkannya, membuatkan Zhang bertekad mencari jalan altenatif untuk mengubati ayahnya dengan cara mempelajari tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku terpakai yang dia beli. Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah merasa yakin melakukannya, dia sendiri melakukan suntikan ubat kepada ayahnya.

























Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da '' Apakah wang atau lainnya. Disini ada ramai pegawai, peniaga serta ada ratusan juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!".

Namun apa yang dikatakan oleh Zhang Da sungguh mengejutkan dan mengharukan kepada hadirin, dia hanya berkata, '' Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.''

Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.

Situasi Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita selalu memanjakan anak-anak yang mana seharusnya dia sudah mampu melakukannya sendirian. Ada anak-anak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, sesetengah itu memakai bajupun masih dibantu.

Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayanyi keluarga masing-masing. Jangan kerapa pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...