Salam AidilFitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri Mama ucapkan kepada semua follower dan semua pengunjung blog Mama.
Semoga Aidilfitri tahun ini membawa seribu makna buat kita semua.
Maaf Zahir Batin, jika ada tersilap kata dan terkasar bahasa.....

Seberapa Besarkah Kita?

Satu artikel yang panjang tetapi menarik untuk dikongsi. Bayang dan renung-renunglah......







Kemudian mari pula kita saksikan perjalanan dengan kecepatan tinggi, bergerak ke jarak 10 kali ganda besar ke arah makro “kosmos” (“alam semesta” besar). 

Kita akan mulai dari jarak 1 meter, lalu meningkat ke jarak 10 meter (10 x 1), 100 meter (10 x 10), 1.000 meter (10 x 10 x 10), 10.000 meter (10 x 10 x 10 x 10), dan seterusnya sehingga sampai ketahap  batas pengetahuan manusia saat ini.

Setelah itu, kita kembali ke jarak permulaan 1 meter tadi , seterusnya kita  teruskan perjalanan berlawanan arah pula iaitu mengurangi jarak dengan 10 kali ganda kecil kearah mikro “kosmos” (“alam semesta” kecil). 

Kita akhirnya akan menemukan (menyaksikan) ketetapan hukum alam semesta yang menakjubkan.

Kisah Hidup Seorang Budak Yang Mengharukan

Zhang sewaktu kecil





















Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaan China kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.

Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.

Kisah hidupnya bermula semenjak dia berusia 10 tahun, dimana dia ditinggalkan oleh ibunya yang sudah tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.

Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.

Apa Menu Berbuka Hari ni?

Kat bawah ni ade satu menu yang pasti mengenyangkan perut selama sebulan....he he he. Tapi menu tu belum pasti ada kat Malaysia ni, mungkin anak sedara Mama Ummu Ahlaa yang ada kat Morocco sekarang pernah jumpa kot.

Apa pun layan je lah gambar kat bawah ni......

WOWW.....baryani gam onta sekor



















Makan sekampung x habis



















Ni pulak baryani gam dhob...nyam nyam

Perbezaan Ucapan Amin

Sebelumnya Rahsia  surah Al-Fatihah



























Ada 4 perbezaan ucapan Aamiin iaitu:

1. Amin , أَمِيْنٌ (a: pendek, min: pendek), ertinya ‘orang yang amanah atau terpercaya’.

2. Aamin, أٰمِنْ (a: panjang, min: pendek), ertinya ‘berimanlah’ atau ‘berilah jaminan keamanan’.
Ketika sholat, kita tidak boleh membaca “Amin” dengan dua cara baca di atas.

3. Aamiin, آمِّيْنَ (a: panjang 5 harakat, mim: bertasydid, dan min: panjang), ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’.

Ada sebahagian ulama yang memperbolehkan membaca “Amin” dalam sholat dengan bentuk bacaan semacam ini. Demikian keterangan Al-Wahidi. Imam An-Nawawi mengatakan, “Ini adalah pendapat yang sangat aneh. Kebanyakan ahli bahasa menganggapnya sebagai kesalahan pengucapan orang awam. Beberapa ulama mazhab kami (Mazhab Syafiee) mengatakan, ‘Siapa saja yang membaca ‘Amin’ dengan bentuk ini dalam sholatnya maka sholatnya batal.’” (At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, ms. 134)

4. Aamiin , أٰمِيْنَ (a: panjang 2 harakat kerana mengikuti mad badal, min: panjang 4–6 harakat kerana mengikutimad ‘aridh lis sukun, dan nun dibaca mati), ertinya ‘kabulkanlah’. Inilah bacaan “Amin” yang benar.

Wallahualam.

Bubur Lambuk Masjid Jamek Kg. Baru




















Bubur lambuk merupakan sejenis hidangan yang amat popular dalam bulan Ramadhan di Malaysia. Kebiasaannya ia akan dimasak secara bergotong-royong di masjid-masjid ataupun surau. Ia kemudiannya akan diagih-agihkan kepada jemaah dan penduduk sekitar.















Sekarang bubur lambuk Masjid Jamek Kg. Baru merupakan bubur lambuk yang paling popular di Malaysia.

Menurut sejarah, Encik Said Bank telah mencipta resepi bubur lambuk berkenaan dan ia kekal digunakan hingga kini. Resepi itu telah diturunkan kepada Encik Mohd. Tahir Jaafar, imam yang bertugas ketika itu dengan amanat agar bubur lambuk tersebut diberikan percuma kepada orang ramai. Tujuan Encik Said Bank ialah supaya orang ramai akan mengunjungi Masjid Jamek Kg. Baru.















Masjid Jamek yang disebut-sebut ini telah dibuka pada tahun 1880-an. ia adalah hasil permintaan penduduk kampung yang mahukan sebuah masjid dibina di tengah-tengah Kuala Lumpur. Seorang pedagang yang dermawan berasal dari Melaka, Hj. Bachik bin Abdullah, telah menyumbangkan sebidang tanah untuk tujuan tersebut.

Masjid Jamek Kg. Baru menempa sejarah pada tahun 2000 apabila tersenarai dalam ' The Malaysia Book of Record ' kerana berjaya memasak 100 periuk bubur lambuk secara bergotong-royong.

p/s : Menurut beberapa hikayat Melayu lama, bubur lambuk tercipta di zaman pemerintahan Parameswara iaitu raja Melaka yang pertama. Parameswara ketika itu menerima kunjungan Maharaja Hun Jen dari Kemboja yang mahukan sejenis makanan yang mudah untuk ditelan tetapi sedap dan berkhasiat.

Senaman Mudah Untuk Badan Yang Sihat

Bagi yang mengimpikan badan lansing ibarat model, kenalah rajin bersenam.
Dibawah ini ada langkah-langkah senaman yang mudah untuk dipraktikkan.
Lakukan dirumah hanya dalam 10 minit pun dah memadai......Good Luck

  




 





Selamat bersenam.......



Follower ke 100

Alhamdulillah, setelah genap 4 bulan Mama bergelar bloger akhirnya follower blog Mama mencecah ke angka 100 hari ini. Terima kasih Mama ucapkan kepada semua rakan follower Mama, jangan jemu jengok blog Mama ye.......peace :)B

Adab Bersahur

Ramai yang memandang ringan kepada amalan bersahur. Tetapi sebenarnya, dalam amalan bersahur itu, ada banyak kelebihannya.






























Adab Bersahur :-

1. Melewatkan bersahur sehingga menghampiri waktu subuh bagi mendapatkan kecergasan, keberkatan dan ketaqwaan. Waktu sahur bermula dari tengah malam sehinggalah terbit fajar.

2. Dari Anas bin Malik RA bahawa Zaid bin Thabit pernah berkata: " Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat Subuh dan kadarnya ( di antara sahur dan solat subuh ) adalah menyamai bacaan 50 atau 60 ayat al-Quran." ( hadis riwayat Bukhari )

3. Sunat bersahur dengan makanan yang mengenyangkan. Sekurang-kurangnya tamar atau sekadar seteguk air.

Kelebihan Bersahur :-

1. Membezakan antara muslimin dan nasrani, sebagaimana hadis Nabi SAW, maksudnya: " Pemisah ( yang membezakan ) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." ( hadis riwayat at-Tirmizi )

2. Mendapat keberkatan, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : " Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." ( hadis riwayat Bukhari )

3. Berbahagialah orang-orang yang bersahur kerana menerima ucapan selawat dari Allah SWT dan para malaikat. " Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat ( berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredhaan ) ke atas orang yang bersahur." ( hadis riwayat at-Tabrani )

Doa Bersahur :-

" Ya Allah Engkau berkatilah untukku, di dalam apa sahaja yang telah Engkau berikan rezeki kepadaku, dan Engkau hindarkanlah dariku azab api neraka."

p/s : Tidak sia-sia sunnah Nabi Muhammad SAW menyuruh melewatkan sahur kerana kajian menunjukkan ia menyamai sarapan pagi. Antara sarapan, makan tengahari dan makan malam, pangambilan sarapan adalah yang paling penting dalam kehidupan manusia 24 jam. Wallahu alam.

Wanita Mengandungkan Ular

Kisah ini benar-benar terjadi....
 
gambar hiasan














Pakistan - Di usia meninggkat tua, Rasheedan Bibi beranggapan dirinya mungkin lagi tidak boleh hamil. Tetapi dia  merasakan perubahan pada perutnya dimana semakin hari semakin membesar seperti  wanita hamil, lalu dia menyangka dirinya telah hamil.

Dalam tujuh bulan kemudiannya, perutnya semakin membesar. Tetapi, dia merasa amat sakit dan perit semasa pembesaran itu. Beliau merasakan ada kelainan pada kehamilannya kali ini dan mebuatkan dia menjadi risau.

Rasheedan Bibi ( kanan ) bersama anak-anaknya





 










Warga Chora Saggar, Pakistan, ini akhirnya membuat keputusan untuk melakukan pemeriksaan kandungannya di klinik kesihatan berhampiran kampungnya. Kemudian  doktor yang memeriksanya melakukan  scan keatas kandungannya, lalu mendapati...........


Astagfirullah!!!!

Adab Berbuka Puasa

















 Antara adab-adab berbuka puasa adalah :-

1) Berbuka puasa sebaik sahaja masuk waktu.

2) Berbuka dengan  rutab, tamar atau air kosong. Rutab ialah buah kurma yang telah dimasak. Tamar ialah buah kurma kering.

3) Membaca doa untuk berbuka puasa.









4) Bersegera solat magrib sebaik sahaja selepas berbuka.

5) Makan dengan kadar yang tidak berlebihan.

6) Mendoakan kebaikan untuk orang yang memberi jamuan buka puasa: "Baginda SAW pernah datang kepada ( rumah ) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda : Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat."

Wassalam...

Salam Ramadhan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...