Pokok Kurma Menangis Kerana Rindu Kepada Rasulullah SAW

gambar hiasan






















Tufail bin Ubai bin Ka'ab telah meriwayatkan daripada ayahnya, ayahnya bercerita:

" Dahulu Rasulullah SAW menyampaikan khutbahnya dengan bersandar di sebatang pokok kurma. Saat itu, masjid nabi hanya merupakan sebuah ruangan kosong sahaja. Seorang lelaki telah mencadangkan kepada baginda " Ya Rasullullah, adakah engkau setuju jika kami membuat mimbar untukmu?  Engkau boleh berdiri di atas mimbar itu pada hari Jumaat dan orang ramai dapat mendengar khutbahmu?" 

Baginda menjawab  "Ya".

Maka setelah mimbar itu selesai dibina, ia telah diletakkan di dalam masjid nabi.

Pada suatu hari iaitu hari Jumaat, Rasullullah SAW ingin menyampaikan khutbah seperti biasa. Ketika baginda SAW lalu berhampiran pokok kurma yang biasa digunakan olehnya untuk bersandar apabila berkhutbah suatu ketika dahulu, tiba-tiba kedengaran suara ratap tangis seakan-akan suara anak kecil yang sedang menangis hiba.

Lalu Rasullullah SAw pun turun dari mimbar. Baginda mengusap dam memeluk pokok itu sehingga lah pokok kurma itu diam. Setelah itu baginda kembali naik ke atas mimbar dan menyambung khutbahnya.

Jabir RA berkata pokok kurma itu juga menangis bila ia mendengar orang berzikir atau mendengar bacaan al-Quran dekatnya. ( hadis riwayat Bukhari ).

Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...