Manfaat Buah Kurma

Selamat menyambut bulan penuh keberkatan buat para follower Mama dan pembaca semua. Bila tiba bulan pose ni, mesti semua pening kepala mikirkan menu untuk berbuka kan. Bagi yang rajin ke dapur tahniah Mama ucapkan. Semoga masak yang sedap2 ya. Yang x sempat nak masak usah risau, kat negara kita ni memang mewah ngan bazar Ramadhan, beli je kat situ. Tapi hati2 memilih menu, kebersihan harus diutamakan.

Walau ape pun menu yang disediakan, berbuka sunat dimulakan dengan buah kurma.



















"Dan Kami jadikan pada bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur. Dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air agar mereka dapat makan dari buahnya, dan dari hasil usaha tangan mereka. Maka mengapa mereka tidak bersyukur?" ( Yaasiin: 34-35 ).


4  Manfaat buah kurma :-

1. Mencerdaskan otak / minda, menguatkan daya ingatan dan membantu dalam proses tumbesaran. Membentuk sifat sabar dan sopan,jiwa yang luhur.

2. Sebagai agen pembunuh kuman dalam badan, Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:" Barangsiapa yang memakan tujuh butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya." ( hadis riwayat Sayidina Ali )

3. Mencegah penyakit seperti sakit jantung dan kencing manis kerana kurma mengandungi potasium, kalsium, dan zat besi; bagus untuk menyihatkan sel-sel darah merah.

4. Memberikan tenaga segera selepas 13 jam berpuasa. Puasa membuatkan seseorang kehilangan glukosa dan air lalu terjadinya penyempitan dada dan gangguan pada tulang. Berbuka puasa dengan kurma dapat mengembalikan kesegaran pada tubuh dengan cepat, ini akan menghalang kita makan berlebihan, seterusnya memudahkan kita untuk menunaikan solat fardhu dan solat terawih.

p/s: Kurma disebut-sebut di dalam al-Quran sebanyak 20 kali dengan menggunakan istilah an-Nakhl, an-Nakhiil dan an-Nakhlah. Makanlah buah kurma atau jus kurma jika kita mengalami masalah batuk dan gatal kerongkong.

Wassalam....

4 ulasan:

insan_marhaen berkata...

haha..baru je berkira2 nk menulis n3 berkaitan khasiat kurma...

nana berkata...

thanks for sharing mama :)

Norish AqiSya @ Mama berkata...

ummu ainries: x pe sama2 kita share.siti: sama2.

paeijah berkata...

Kurma Yusop Taiyop sodap tu...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...