3 Latihan Untuk Menyihatkan Mata

















Senaman mata sebenarnya dapat membantu memperkuat daya penglihatan mata agar terhindar dari mengguna alat bantu penglihatan atau lebih dikenali sebagai cermin mata.

Melakukan senaman mata bukan sahaja baik untuk penglihatan, tetapi juga dapat mengurangi masalah yang disebabkan oleh ketegangan mata, seperti sakit kepala. Latihan mata tidak memerlukan waktu yang lama serta dapat dilakukan hampir di mana saja.

Berikut 3 jenis senaman mata yang dapat menyihatkan mata :

1. 20-20-20

Latihan 20-20-20 dapat membantu mata untuk lebih fokus dan rileks ketika letih. Untuk melakukan latihan ini, Anda hanya perlu mengatur waktu untuk melakukan hal-hal tertentu dalam masa 20 minit, misalnya melihat benda tertentu selama 20 minit.

Kemudian ambil waktu 20 minit untuk memfokus pada objek lain yang berjarak 20 kaki (6 meter) dari Anda.

Latihan ini dapat membuatkan mata Anda rileks dan fokus dalam jangka waktu singkat dan kembali kepada asal dengan penglihatan yang lebih jelas.

2. Memutar mata

Ianya serupa dengan peregangan bahu atau kaki, memutarkan bola mata dapat membuat mata Anda rileks kembali. Latihan ini juga dapat meningkatkan sirkulasi, yang juga memungkinkan peningkatan jumlah nutrisi dan aliran oksigen ke dalam mata.

Menurut Chinese Holistic Health Exercises, latihan memutar mata dapat dilakukan dengan posisi duduk atau berbaring. Buka mata dan putar mengikut arah jam sekurang-kurangnya 20 kali. Berkelip beberapa kali dan kemudian ulangi dengan memutar mata dengan arah yang berlawanan.

3. Jarak fokus

Latihan fokus pada jarak dapat memperbaiki dan menyegarkan kembali penglihatan Anda. Setelah sekian lama mata fokus pada objek dengan jarak dekat, seperti melihat komputer, tv, dokumen atau objek-objek lain, luangkan waktu beberapa minit setiap hari untuk ke luar ruangan yang memungkinkan mata Anda melihat dengan fokus pada objek yang jauh.

Untuk melakukan latihan ini, pandang objek yang paling jauh dapat Anda lihat dan fokuslah pada objek tersebut. Biarkan mata Anda merasakan perbezaan fokus jarak jauh dan dekat. Ini bagi menghindarkan mata Anda menjadi rosak atau menggunakan cermin mata.

Sekian.

Jangan macam ni sudah.................


4 ulasan:

nana berkata...

nice tips mama.. pas nie nak try la..heee :)

Norish AqiSya @ Mama berkata...

mama ni rabun siti,tu sbb bg tips ni spya yg lain x turut rabun.

Elie Lily berkata...

enyit mata kat org pon boleh jadi senaman untuk mata tau!
hehehe

mohdhazlan Dreadlock berkata...

20-20-20

bgs tips nih ...kn selalu amal kn :)


excellence

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...