Petua Dapur 4

Elak Beras Dimasuki Bubuk





















Salam petua dari Mama buat follower n pembaca semua. Harap hari ni, hari yang mengembirakan untuk kita. Agak lama juga Mama tak masukan entry petua dapur ni. Bukan sebab Mama sudah ketandusan petua untuk dikongsi bersama, tetapi Mama nak cari petua2 yang agak kurang orang tahu. Kalau petua yang biasa, mesti korang pun dah tahu kan kan kan. Untuk kali ni Mama nak berkongsi petua mengelakkan beras dimasuki bubuk.


Bubuk ni kalau dilihat dari segi rupanya  memang ada iras kutu, cuma yang membezakannya dari segi habitatnya. Kutu selalu berada di atas kepala dan menyebabkan kita kegatalan, manakala bubuk pula suka berkampung di dalam beras. Ini menyebabkan proses membasuh beras menjadi lambat kerana terpaksa mengasingkan antara bubuk dan beras.

ni lah rupa bubuk, bukan melukut ditepi gantang


















Senang aje nak atasi nya,  cuba ikut cara kat bawah ni bagi mengelakkan bubuk ni suka lepak kat dalam beras anda :-

Ambil dalam 5 batang  lada kering, letakkan bersama beras yang disimpan dan tutupkan bekas beras tersebut dengan rapat. Ini bukan sahaja bubuk, malah makhluk yang seangkatan dengannya pun tak boleh nak masuk. 

Selamat mempraktikkannya...bye

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...