Pelakon Zami Ismail @ Pak Uda Meninggal Dunia, Al- Fatihah

Pak Uda, atau nama sebenarnya Zami Ismail yang sinonim dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) sekitar pukul 10.30 pagi tadi 19 jun 2011, kerana masalah komplikasi jantung.

















Arwah dipercayai akan dikebumikan di kampung halaman Tapah, Perak. Beliau meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim (58) dan sembilan orang anak, termasuk pelakon/pelawak Opie Zami dan pengarah Hitler Zami.

Imbas kembali, Pak Uda pernah membintangi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sebagai Pak Abu, sebuah filem yang mencatat kutipan sebanyak RM8 juta. Antara pencapaiannya yang lain, Pak Uda pernah dianugerahkan sebagai Pelakon Komedi Terbaik Festival Filem Malaysia 9 untuk filem Mat Som.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...