Kartunis Ujang asal Pahang Qayyum meninggal

Allahyarham kartunis Qayyum





















Semalam 19/6/2011, negara telah dikejutkan dengan pemergian pelakun dan juga pelawak veteran Zami Ismail @ Pak Uda lebih kurang pukul 10.30 pagi.

Pada pagi ini pula, kita dikejutkan lagi dengan berita kematian seorang kartunis Majalah Ujang iaitu saudara Qayyum akibat stroke. Beliau meninggal dunia dalam pukul 7.45 malam hari yang sama dengan tarikh kematian Zami Ismail.

Bagi peminat setia Majalah Lawak Antabangsa Ujang, pasti mengenali siapa dia Qayyum. Lawak dia memang best, beliau juga amat aktif menjadi penulis dan juga memegang jawatan sebagai Editor majalah Ujang.

Beliau merupakan salah seorang kartunis yang berasal dari Pahang bersama dengan kartunis Bawang.













Duduk dari kiri: Qayyum (editor), Bawang, Padi, Ubi, Puding, Manggis, Leen Mafia, Ah Tuck dan Bendi.
Berdiri dari kiri: Aie, Nik, Bijan, Gayour, Kobis Bunga, Ciku, Genesis, Lalang, Bacang dan Lepat.



Lakonan beliau sebagai Mat Despatch dalam CD ujang



Arwah telah selamat dikebumikan dikampungnya, Batu Talam  Raub Pahang. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah , semoga Roh nya ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh. Amin

Al- Fatihah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...