5 Tempat Yang Menakjubkan di Dunia

1. The Door To Hell, Turkmenistan





























Ianya di panggil Lubang Neraka kerana lubang besar berbentuk kawah itu sentiasa mengeluarkan api semenjak tahun 1971. Lubang itu terjadi akibat dari kesilapan Kajian Geologi oleh sekumpulan pakar.


2. The Great Dune Of Pyla, France




















Ia merupakan tempat yang menakjubkan dan unik secara semulajadi. Tebing pasir ini sepanjang 3 km berketinggian 100 meter dan selebar 500 meter. Ianya dapat dilhat dari arah laut dan dari hutan tebal.

ISRAK MIKRAJ







URUTAN RINGKAS PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM ISRAK MIKRAJ KE ATAS RASULULLAH SAW

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk, pada 27 Rejab (29 Jun 2011). Kita sebagai umat islam jangan lepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan.

Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah SAW. Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad SAW.

Orang kafir telah menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi. Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ada yang terus menyakini nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dan ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut serta ada juga yang bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali murtad daripada Islam.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi Isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.

Sejarah Perjalanan Israk Mikraj

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Yehaa...Hadiah Dah Sampai.















Tengahari tadi tengah syok layan Fb tiba-tiba anak dara Mama @ adik datang bagitau ada lori berhenti depan rumah. Mama fikir mesti lori sampah "biarlah".  Kemudian Adik datang lagi n bagitau orang lori panggil. Aikk.., ngape pulak orang lori panggil, sampah Mama busyuk sangat ke? He.. he.. he.

Rupanya bukan lori sampah tapi lori dari City Link. Ada barang hantaran dari Berita Harian. Yehaa...melihat satu bungkusan besar Mama dah dapat agak apa isi kandungannya. Ceritanya bermula begini :-

Takzirah Jumaat

Rahsia Surah Al - Fatihah



























Di dalam riwayat-riwayat dari Ahlul bait (sa) dinyatakan bahwa Al-Qur’an memiliki makna lahir dan makna batin. Surah Al-Fatihah adalah salah satu surah Al-Qur’an yang mengandungi rahsia yang dalam dan dikenali sebagai Ummul Kitab, induk Al-Qur’an yang  mencakupi seluruh kandungan Al-Qur’an. Maknanya terbahagi kepada dua, separuh untuk Allah dan separuh lagi untuk hamba-Nya.

Dalam Tafsirnya Al-Mizan Allamah Thabathaba’i mengutip dari hadis Qudsi yang bersumber dari Imam Ali bin Abi Thalib (sa), dari Rasulullah SAW. Hadis ini sangatlah penting untuk  kita semak dan kita renungkan.

Hadisnya :
Imam Ali (sa) berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahwa Allah Azza wa Jalla berfirman:

“Aku membahagi surah Al-Fatihah antara Aku dan hamba-Ku, separuh untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku.

Tentang Rahsia surah Al-Fatihah, Rasulullah SAW juga bersabda:

“Ketika Allah Azza wa Jalla hendak menurunkan surah Al-Fatihah, ayat Kursi dah surah Ali-Imran 18, 26-27, surah dan ayat itu tergantung di Arasy dan tidak ada hijab dengan Allah. Surah dan ayat itu berkata kepada-Nya: Ya Rabbi, Engkau akan menurunkan kami ke alam dosa dan kepada orang yang bermaksiat kepada-Mu, sementara kami bergantung dengan kesucian-Mu. Maka Allah swt berfirman: “ Tidak ada seorang pun hamba yang membaca kamu setiap dan sesudah sholat kecuali Aku kurniakan padanya lingkaran kesucian di tempat ia berada, dan Aku memandangnya dengan mata-Ku yang tersembunyi dengan tujuh puluh kali pandangan setiap hari. Jika tidak, Aku tunaikan baginya setiap hari tujuh puluh hajat yang disertai pengampunan. Jika tidak, Aku melindungi dan menolongnya dari semua musuhnya

PEPSI ertinya ' Pay Every Penny to Save Israil '





























PEPSI ertinya..
  • P pertama berarti “Pay” (Berikan),
  • E untuk “Every” (Setiap).
  • P untuk “Penny”. Penny adalah koin kecil yang kamu terima dan kamu tak tahu apa yang akan kamu buat dengannya.
  • S “Save” (Menyelamatkan),
  • I – “Israel”.

Dengan kata lain, berikan setiap koin kecil yang kamu terima untuk selamatkan Israel. Mereka tak ingin wang kamu, mereka hanya ingin koin pecahan kecil, penny kamu. "...dalam ekonomi Amerika, penny adalah seperseribu dolar. Nilainya amat kecil." kata Hazem Abu Ismail.

Hazem seorang pemimpin Mesir pada Februari 2009 lalu, mengeluarkan kenyataan di depan Al Nas TV, sebuah kanal Muslim, menyeru supaya diadakan boikot dari kaum Muslimin terhadap Pepsi kerana hal tersebut. Secara spesifik, Hazem Abu Ismail menyatakan, berdasarkan transkrip sama yang diberikan oleh MEMRI, Institut Kajian Media Timur Tengah yang berpusat di Washington tentang erti dari nama Pepsi itu.

Pemimpin Muslim itu dengan tegas mengatakan mereka tidak akan menarik balik kenyataan bahawa Pepsi Cola adalah nama kode bagi pengkomplot Zionis. Baca selebihnya disini......

Rambut Wanita Terpanjang Di Dunia









































Seorang wanita berumur 51 tahun di Guangxi, China yang bernama Xie Qiuping telah memegang Rekod Dunia Guiness sebagai rambut wanita terpanjang didunia pada 2004. Panjang rambutnya berukuran 5.627 meter atau lebih kurang 18 kaki, wowww bayangkan......Dia menyimpan rambutnya semenjak  dia berumur 13 tahun. Ukuran panjang itu pada tahun 2004, bayangkan sekarang macamana panjangnya...huhh

Mama tak dapat bayangkan, berapa botol syampu digunakan untuk mencuci rambut beliau dalam seminggu yek.

Lagi gambar-gambarnya kat bawah ni. Cam hantu Kak Limah pun ade gak, kalau jumpa malam-malam mahu nya demam semingggu.....

Erra Fazira Jadi Duta Syarikat Tudung





Bertuahnya badan Erra Fazira, ramai yang berebut nak mengambilnya untuk dijadikan duta produk. Terbaru , Erra Fazira telah dilamar oleh satu syarikat tudung. Mama harap, Erra Fazira bukan sekadar menjadi duta syarikat tudung, tapi terus berimej artis bertudung. InsyaAllah.

" Tujuan saya jadi model produk tudung bukan untuk tarik peminat, sebaliknya ia adalah salah satu amanah sebagai duta. Peminat datang dengan sendiri. Kadang-kadang kita pakai tudung pun, kalau orang tak minat, tak  minat juga" kata Erra Fazira sewaktu dilantik sebagai duta tudung.

Antara selebriti  yang terus kekal mengenakan tudung adalah seperti dibawah. Syukur Alhamdulillah.






















 


















Produk copycat dari China

Negara China memang terkenal dengan produk-produk tiruannya, memang telah diakui dunia tentang kecanggihan mereka untuk meng"copycat" jenama terkenal.

Dibawah ini, Mama sertakan gambar-gambar barang tiruan itu yang membuatkan Mama tergelak besar. Bukan kerana apa, tapi tak tahan dengan jenama yang mereka ubah. Cekidot.....


















Kartunis Ujang asal Pahang Qayyum meninggal

Allahyarham kartunis Qayyum





















Semalam 19/6/2011, negara telah dikejutkan dengan pemergian pelakun dan juga pelawak veteran Zami Ismail @ Pak Uda lebih kurang pukul 10.30 pagi.

Pada pagi ini pula, kita dikejutkan lagi dengan berita kematian seorang kartunis Majalah Ujang iaitu saudara Qayyum akibat stroke. Beliau meninggal dunia dalam pukul 7.45 malam hari yang sama dengan tarikh kematian Zami Ismail.

Bagi peminat setia Majalah Lawak Antabangsa Ujang, pasti mengenali siapa dia Qayyum. Lawak dia memang best, beliau juga amat aktif menjadi penulis dan juga memegang jawatan sebagai Editor majalah Ujang.

Beliau merupakan salah seorang kartunis yang berasal dari Pahang bersama dengan kartunis Bawang.













Duduk dari kiri: Qayyum (editor), Bawang, Padi, Ubi, Puding, Manggis, Leen Mafia, Ah Tuck dan Bendi.
Berdiri dari kiri: Aie, Nik, Bijan, Gayour, Kobis Bunga, Ciku, Genesis, Lalang, Bacang dan Lepat.



Lakonan beliau sebagai Mat Despatch dalam CD ujang



Arwah telah selamat dikebumikan dikampungnya, Batu Talam  Raub Pahang. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah , semoga Roh nya ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh. Amin

Al- Fatihah.

Pelakon Zami Ismail @ Pak Uda Meninggal Dunia, Al- Fatihah

Pak Uda, atau nama sebenarnya Zami Ismail yang sinonim dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) sekitar pukul 10.30 pagi tadi 19 jun 2011, kerana masalah komplikasi jantung.

















Arwah dipercayai akan dikebumikan di kampung halaman Tapah, Perak. Beliau meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim (58) dan sembilan orang anak, termasuk pelakon/pelawak Opie Zami dan pengarah Hitler Zami.

Imbas kembali, Pak Uda pernah membintangi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sebagai Pak Abu, sebuah filem yang mencatat kutipan sebanyak RM8 juta. Antara pencapaiannya yang lain, Pak Uda pernah dianugerahkan sebagai Pelakon Komedi Terbaik Festival Filem Malaysia 9 untuk filem Mat Som.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Kucing Pun Orang Makan

Eeeeeeeeeeeeeee...........meremang bulu roma bila terbaca di intenet kisah menu dari daging kucing. Usahkan kucing, arnab pun tak sampai hati Mama nak memakannya.

kucing comel cam ni pun diaorang nak buat gulai, grrrrrrr





















Kisah ini berlaku di Vietnam, Kemboja, Thailand dan seangkatannya, tak tahulah kalau ada kat Malaysia ni. Masyarakat disana menjadikan daging kucing antara menu kegemaran. Mereka mengatakan daging kucing lebih sedap dari ayam dan lembu.

Selain murah, ia mudah diperolehi dan kos membelinya tidak mahal. Mereka juga mengatakan bahawa daging kucing amat berkhasiat dan sesuai dijadikan penguat s**s.

Dibawah ini dipaparkan gambar - gambar diorang membaham kucing.
*Awas! untuk tontonan 18 tahun keatas, ibu mengandung tidak digalakan.

Petua Dapur 4

Elak Beras Dimasuki Bubuk





















Salam petua dari Mama buat follower n pembaca semua. Harap hari ni, hari yang mengembirakan untuk kita. Agak lama juga Mama tak masukan entry petua dapur ni. Bukan sebab Mama sudah ketandusan petua untuk dikongsi bersama, tetapi Mama nak cari petua2 yang agak kurang orang tahu. Kalau petua yang biasa, mesti korang pun dah tahu kan kan kan. Untuk kali ni Mama nak berkongsi petua mengelakkan beras dimasuki bubuk.

Alat - alat senaman zaman dulu

Ha ha ha nak tergelak pun ade....
tapi inilah perintis kepada alat senaman moden sekarang.

O.k, layan jelah...


nak bunuh diri ke ?



















ni bagi yang sukar nak buang angin lebihan




















Menuai Hasil

Hello, hello, hello..Mama in the house....

Dulu... Mama ada cerita  kisah buah mangga yang masih muda dikebas orang. Coretan kali ni lebih kurang sambungan kisah tu lah, cam drama bersiri lak.

Tapi kali ni bukan nak cite mangga tu licin dikebas orang or pencuri mangga dah dikesan, sebaliknya buah mangga yang masih terselamat tu, kini dah pun membesar dan boleh dituai hasilnya. Petik mangga pun digelar tuai ke? Cam tuai padi je.

What ever jelah, janji korang faham kan. Melihatkan saiz buahnya memang mampu membesar lagi tapi kesihatan buahnya agak terganggu dek kerana cuaca yang tak menentu serta serangan perosak, memaksa Mama menuainya dengan kadar yang segera.

Buahnya memang tak cukup masak lagi jadi kenalah Mama peram terlebih dahulu sebelum dapat menikmatinya.

Yang hairannya pulak, pokok mangga tu dahpun  mengeluarkan bunga baru sebaik saje Mama menuai hasil ni. Murah rezeki  Mama ni kot, he he he.

Di bawah ni sengaje Mama letakkan gambar mangga  tersebut, nak bagi korang meleleh air liur melihatnya. Cekidot!!!  Jangan marah aaarr.

Laporan tahunan Syaitan kepada Iblis














Syaitan: “Laporan Terkini bosss!!, kita mula diancam oleh manusia bosss”
Iblis: “Kenapa jadi begitu? bukankah menurut khabarnya manusia sekarang sudah semakin mungkar? kalau begitu bukankah manusia akan jadi saudara kita di neraka?”
Syaitan: “Sebab mereka semakin mungkar la tu boss. Kita tak boleh masuk syurga kan boss? Kalau neraka sudah penuh di penuhi manusia yang mungkar-mungkar tu, kita nak tinggal  kat mana boss?”
Iblis: “Hmm betul juga tu, kat mana kita nak tinggal nanti?”

Syaitan: “satu lagi boss”
Iblis: “apa?”
Syaitan: “manusia semakin bijak boss”
Iblis: “Maknanya kamu patut jadi bijak juga menggoda mereka agar jadi jahat”
Syaitan: “Bukan begitu boss, maksud saya manusia sudah tidak mahu kita goda lagi bosss. Mereka sudah berdikari, tidak memerlukan kita. Belum saya goda berbuat jahat, mereka sudah berbuat jahat. Kalau berterusan begini, kita akan jadi penganggur bosss!”
Iblis: “ALAMAK! Ini sudah kes berat. Kita akan jadi penganggur yang dihalau dari neraka!”

So… sendrik mau ingat! AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR!

Wanita islam wajib baca

** Gambar-gambar di sini penting untuk dijadikan contoh yang perlu dijauhi bagi wanita-wanita Islam yang lain, bukan bertujuan untuk memalukan dan sebagainya. Ambil iktibar.

Jangan Lucahkan Baju Kurung Anda

Jangan Lucahkan Baju Kurung Anda

Pilihlah Gaya dan Fesyen Yang Dihormati Dan Dimuliakan

Pilihlah Gaya dan Fesyen Yang Dihormati Dan Dimuliakan

Pakailah Baju Labuh Ketika Diluar Rumah

Pakailah Baju Labuh Ketika Diluar Rumah

Renungan





















1. Duit RM1 akan begitu besar nilainya
    jika diisi kedalam tabung Masjid
 
2. 45 minit terasa lama untuk berzikir
    tapi betapa pendeknya waktu itu untuk berdating

3. Betapa lamanya 2 jam berada di masjid
    tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu untuk menonton wayang

4. Susahnya menyusun kata untuk membaca doa selepas sholat
    tapi betapa mudahnya menyusun ayat  saat berdating

5. Betapa bosanya bila imam membaca ayat panjang dalam solat
    tapi tiada masalah bila menonton perlawanan bola EPL sampai pagi

6. Susah sangat untuk menbaca al-Quran 1 Juzuk
    Tapi baca Novel 1000 halaman pun boleh tamat dalam 1 hari

7. Kalau menonton konsert  duduk barisan paling depan
    tapi time sembahyang Jumaat, semuanya pilih duk belakang

8. Sukarnya untuk mengajak orang mendengar ceramah agama
    tapi laju je kalau ajak bergosip dan mengumpat

9. Begitu takut arahan pihak atasan atau Bos ditempat kerja
    Tapi saat azan berkumandang semuanya buat dono je....

Lawak : Anda Betul-Betul Kemaruk Komputer Kalau.....

1. Anda tetap mengadap komputer walaupun anda sedang sakit tenat di hospital.




















2. Anda ada dua tiga komputer dan anda menggunakannya serentak.




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...