Ratu Hatiku ( IBU )

Dari kiri : ibuku Hajjah Naimah Mat. Kanan : mertua Pn Harisah Abd Malek

      " Bila kuberduka engkau hiburkan selalu. Ibu..., ibu engkaulah ratu hatiku". 
Selamat hari ibu buat mereka yang bergelar ibu, mama, emak, mummy, umi dan yang seangkatan dengannya. 

Teringat lak kat ibu Mama di kampung.Walaupun saban minggu Mama menelefon ibu, rasa rindu tetap menebal terhadap ibu.Tempat tinggal Mama taklah jauh dari kampung, tapi dek kerana urusan seharian yang tak pernah habis, menghalang Mama untuk pulang ke kampung sekerap mungkin.

Hubungan Mama ngan ibu memang akrab. Ibu seorang insan yang begitu mesra ngan anak-anaknya.Tak kira anak lelaki mahupun perempuan, layanan ibu sama rata. Ibu tak pernah berkira atau mengeluh dalam melayan kerenah anak-anaknya yang ramai. 

Semenjak kecil hingga dewasa ibu cuba sedaya mungkin memenuhi keperluan dan kehendak anak-anaknya, biarpun keperluan ibu sendiri terabai. Mempunyai anak seramai 11 orang memang sukar untuk membahagikan segalanya, baik dari segi makan minum, pakai dan kelengkapan seharian, ibu tetap berjuang melengkapkannya.

Ibu bukan saje seorang ibu yang melahirkan, malah juga kawan yang sedia mendengar setiap keluh kesah anak-anaknya. Segala masalah dan persoalan yang kusut bersarang di kepala dapat ibu ungkaikan sekelip mata.

Walaupun usia menginjak tua, ibu tetap berjiwa muda.Cuba memasuki dunia moden dan teknologi. Semuanya  kerana tak mahu adanya perbezaan antara dunia dulu dan sekarang. Agar anak-anak tak terasa keseorangan melayari bahtera kehidupan.

Terkenang sewaktu menjadi anak kecil ibu, dari tak tahu apa-apa sampailah pandai berdiri,  bertatih, dan berlari, ibu tetap berdiri di sisi. Tak mengenal erti jemu. "Bangun nak, bangun, teruskan langkahmu". Berkat dorongan ibu, kini Mama boleh berdiri, "sesekali jatuh itu adat perjuangan", kata ibu.


Walau masa berubah wajah, ibu tetap ibu yang Mama kenali. Tak gentar dan takut dengan permainan duniawi. Mungkin kerana ibu anak sulung, alah bisa tegal biasa. Asam garam kehidupan hanya berada dalam genggaman. Mahunya Mama sekuat ibu, tabah dan tebal jati diri.

Hanya seorang ibu yang memahami naluri keibuan. Tatkala Mama bakal mendapat cahayamata, ibu jualah yang menemani. Sokongan dan kata semangat yang diberi ibu, amat bererti. Hilang keperitan timbul keinsafan, bilamana melihat permata suci. Bertarung nyawa demi seorang penyambung warisan. Dalam hati terdetik kesedihan. Senyuman di bibir menafsir kegembiraan.

Cubit peha kanan, peha kira jua terasa sakitnya. Suatu ketika melihat ibu kesakitan, terasa Mama akan pedihnya. Rasi nya tangan wanita yang bergelar ibu mengubat segala sendu. Ibu, walau tak pernah terungkap, namun ku tahu, ada secebis doa di setiap sujudmu.

Kini ibu, ukirkanlah senyummu, depakanlah tanganmu, dan dakaplah anak-anakmu kerna kami selamanya menyayangi dirimu, kerna kau bergelar Ratu Hatiku.

Akhir kata Selamat Hari Ibu kepada bondaku, Hajjah Naimah binti Mat yang ku panggil "Mek" serta mertuaku yang bernama Harisah binti Abd Malek dengan panggilan "Mak".

"Kau tetap dihatiku".....

bercuti bersama ibu
kini giliran ku bergelar Ibu


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...