Perlukan Homestay Di Kuantan?

Cuti sekolah datang lagi. Mesti ramai yang dah plan nak bawa anak-anak pergi makan angin kan..Ke mana agaknya destinasi percutian anda kali ni ya. Pulau Pangkor, Melaka, Port Dickson, Langkawi atau Cameron Hingland ? Tak kisahlah ke mana tempatnya, yang penting sahutlah seruan kerajaan kita dengan bercuti di dalam negara. Bak kata pepatah ,hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.Pergi kutip emas di negara orang and wat baliklah hasil gadaian emas tu untuk dibelanjakan kat negara sendiri...

Pantai Teluk Cempedak


















Bagi yang sudah kebingungan untuk memilih destinasi percutian, Mama syorkan anda pergilah bercuti ke Kuantan pulak. Selain boleh mandi-manda dan menunjukkan skill berenang kuak lentang di Gambang Water Park, anda juga boleh menenangkan fikiran di pantai Cherating, Teluk Cempedak dan Batu Hitam. Pelbagai cenderahati boleh di dapati di situ sebagai tanda kenang-kenangan.

Tak lupa juga bagi kaum ibu yang suka shopping. Bolehlah habiskan duit suami kita ngan berbelanja di Kuantan Parade atau  East Coast Mall. Hehehe. jangan lupa belikan juga untuk suami ya...

Bukit Gambang Water Park















Bila dah penat berjalan, perut mesti terasa lapar kan. Nikmatilah hidangan ikan bakar, siakap tiga rasa, ketam goreng berlada, sotong goreng tepung, kailan ikan masin  dan kerang rebus di Tanjung Lumpur. Menu ni hanyalah cadangan Mama. Tak ada kena mengena langsung nak promote makanan kegemaran Mama ni, hehehe. Kalau anda sukakan hidangan lain pun ada disediakan. Pendek kata macam-macam ada...pendek yang kata, bukan Mama. Jangan marah arrr...

Perut dah kenyang, mata pun mula mengantuk. Perlukan penginapan untuk beradu? Kat bawah ni Mama cadangkan homestay yang amat selesa dengan harga yang berpatutan. Sebenarnya homestay ni kepunyaan anak buah Mama. Jom kita semak apa yang ada kat homestay ni. Selamat bercuti-cuti Malaysia. : )




LOKASI:

- DI JLN BESERAH BERHAMPIRAN DGN CHERATING,PANTAI BATU HITAM DAN TELUK CEMPEDAK
-  8KM KE BANDAR PUSAT (EAST COSMALL,KUANTAN PARADE, MEGA MALL,KAMDAR, MYDIN, ALAMODA DLL)
- BERHAMPIRAN DENGAN POLIKLINIK BESERAH
- 6KM KE BANDAR KUANTAN
- 18KM KE AIRPORT
- 7KM KE HOSPITAL TG AMPUAN AFZAN
- 7KM KE POLISAS,PSDC,UIAM
- 35KM KE GAMBANG CITY WATER PARK

KEMUDAHAN:

- RUANG GARAJ YANG BESAR BOLEH MENEMPATKAN 4 BIJI KERETA
- 4 BILIK TIDUR BERHAWA DINGIN
- 2 BILIK AIR
- RUANG TAMU DAN RUANG MAKAN YANG SELESA
- KEPERLUAN ASAS SEPERTI PETI AIS, MESIN BASUH,DAPUR,SATERIKA JUGA DISEDIAKAN
- DAPUR UNTUK BARBEQUE JUGA DISEDIAKAN

bilik no.1
















bilik no.2
















bilik no.3
















bilik no.4
















ruang tamu














Dapur















 



HARGA:
RM 220 / HARI UNTUK 1 RUMAH
RM 60 / HARI UNTUK 1 BILIK

HUBUNGI:
013 - 644 3252 / 019-3643123 ( LAILEY)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...