Mangga ku Dikebas Orang

Waaa...buah mangga yang Mama tunggu-tunggu selama ini akhirnya dikebas orang. Siapalah yang panjang tangan mencuri mangga ni. Sayang betul, setelah dibaja dan dibalut supaya tak dimakan ulat akhirnya hilang begitu saje.

tinggal tangkai je... hu hu hu




















Ceritanya bermula begini. Setelah 3 tahun tanam pokok mangga ni, ini adalah kali kedua ia berbuah lebat. Sebelum ni kalau berbuah pun adalah dalam 10 biji. Itupun bukan semuanya lekat. Usahkan nak sedekah kat jiran-jiran, nak makan sendiri pun tak puas. Raya tahun lepas dapatlah wat balik kampung. Itu pun 2 biji je. Merasalah juga. Mangga ni memang besar dan rasanya pun manis. Kalau betul-betul masak, boleh mencecah saiz sebiji betik. Makan sekuarga pun tak habis. Eh! tak habis, kata sedap. Isinya habis, yang tak habis tu bijinya. Hehehe.

Tapi kali ni memang diluar jangkaan. Setelah sebulan dibaja, ia berbuah lebat sehingga 30 biji. Oklah tu untuk pokok yang berusia 3 tahun. Mulanya Mama tak nak balut buahnya sebab bimbang juga dari jauh sudah nampak memutih kertas balutan. Lagilah cepat lesap buahnya. Hehehe kedekutnya Mama. Semakin lama, buah pun semakin membesar. Risau lak dimakan ulat, Mama pun balut  buah yang berada di bahagian bawah. Buah bahagian atas tak sampai, Mama biarkan menghijau.

Tapi perubahan cuaca yang tak menentu menyebabkan banyak buah yang gugur. Yang masih kekal di atas pokok adalah dalam beberapa biji. Itupun kebanyakkannya buah yang menghala ke luar pagar. Pada suatu hari tu, waktu tengahari, anak-anak Mama sedang tidur, Mama masuk ke dapur, nak buat kuihlah kononnya. Untuk minum petang. Tiba-tiba terdengar riuh suara orang kat belakang rumah. Mama buka tingkap, nampaklah sorang budak perempuan sedang duduk atas motor, dan seorang lagi sedang mengendap kat bawah pokok mangga. Mama pun  menyergah mereka, apalagi budak perempuan yang sedang skodeng buah mangga tu pun buka langkah seribu lah dapatkan kawannya yang berada kat motor tu.

Dalam ketakutan tu pun sempat lagi mereka memetik sebiji lagi buah mangga yang berada berhampiran pagar. Geram pun ada ngan mereka ni. Tak padan ngan perempuan, mencuri lak tu. Petang tu Mama pergilah meninjau keadaan buah mangga tu. Tinggallah beberapa biji je yang berada di bahagian dalam pagar. Yang menghala ke luar pagar memang licin dirembat orang. Tak apalah, Mama anggap setakat itulah sahaja rezeki Mama kali ni.

nasib baik yang dalam pagar x kena curi. la la la


























Buah yang diluar pagar, memang rezeki orang di luar juga. Mama halalkan sesiapa yang mengambilnya, tapi lagi afdal kalau minta izin Mama terlebih dahulu sebab Mama ni bukanlah kedekut orangnya. Rezeki yang ada kita kongsi bersama. Lain kali kalau mangga ni berbuah lebat lagi, jomlah datang rumah Mama. Kita buat kenduri mangga. O.k cau cin cau

2 ulasan:

paeijah berkata...

jgn lupa aku ,sedap juga wat colek tu,nyum2,rajin aok bercucuk tanam ye.bagus3

Norish AqiSya @ Mama berkata...

kalau balik awah,singgah rumah aku.boleh makan mangga.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...