Gempar : Cicak Mati Mengejut.


ilustrasi

Halo guys. Hari ni Mama nak cite satu kejadian yang berlaku kat umah Mama. 
Cite nya bermula begini :)

Pagi tadi seperti pagi-pagi sebelumnya, Mama bangun awal untuk menyiapkan anak bujang Mama ke sekolah. Seperti biasa Mama ulang-alik ke dapur menyiapkan sarapan. Anak bujang Mama ni mudah dan ringkas orangnya. Tak pernah minta sarapan yang berat-berat. Coco-crunch semangkuk dan susu secawan sudah boleh mengenyangkannya. Mujurlah...Mama pun memang liat bab nak wat sarapan ni. hehehe.

Selesai anak bujang Mama pergi sekolah, giliran Hubby lak ke tempat kerja. Hubby lagi simple orangnya. Untuk mengalas perut, hanya makan oat yang dibancuh bersama susu anlene. Diet sihat kate nya.

Tapi yang Mama nak cite ni bukan kisah riwayat anak bujang Mama dan Hubby. Sebaliknya apa yang berlaku kat umah Mama hari ni. Kisah di atas tu selingan je. Hehehe.

Dari pagi sampailah ke tengah hari Mama ulang-alik ke dapur n ke ruang tamu mengemas rumah. Tiba-tiba Mama ternampak seekor cicak yang agak besar di dinding dapur. Mama pun apa lagi sergahlah cicak tu. Hah! Mama memang geram ngan makluk asing sekor ni. Dari najis, telur, anak kecik dia sampailah ke bapak cicak. Memang bersepah-sepah kat dalam umah ni. Kalu tokek takpe la jugek boleh jadi kaya. Hubby memang pro melestik cicak ni. Sasaran selalu tepat (erm.. jgn salah faham). Tapi masa kejadian tu Hubby kerja, jadi apa yang termampu Mama buat hanyalah menyergah!!! cicak tu.

bukan cicak sebenar - hanya ilustrasi


...... bila semua kerja dah beres Mama layan FB. Tiba-tiba mata terpandang ke arah dinding dapur. Ya Allah. Terkejut Mama. Rupanya cicak yang Mama sergah tadi mati keras dan tergantung di dinding. Kepalanya menghala ke bawah. Konfius juga, betul ke dah mati. Walaupun geli, Mama cuba hampiri untuk mengesahkan kematiannya. Cam detektif Conan pun ia jugak. Memang sahih dah mati. Ni semua gara-gara terkejut dek sergahan Mama tadi. Kalaulah Mama tahu cicak tu ada penyakit jantung.....ish..ish..ish...

Mama ni tak masak lagi. Anak bujang dah nak balik sekolah. Nak masuk dapur lak geli geleman tengok mayat cicak yang mati tergantung tu. Mama pun telefon Hubby, sebab Hubby memang pro bab menyelesaikan masalah berunsurkan serangga reptelia ni. Dulu pun pernah terjadi anak katak pisang yang melekat betul-betul dekat dinding dapur berhampiran sinki (apasal lah dekpa ni suka masuk dapur Mama). Mama telefon hubby suruh balik buang katak tu. Memang Hubby balik dan menyetelkan masalah tu.

Tapi berlainan lak ngan kes cicak mati mengejut ni. Hubby tak boleh balik sebab hari ni memang Hubby banyak kerja yang nak disiapkan. Dalam gelaknya, Hubby sempat bagi petua dan berpesan pada Mama supaya jangan pandang pada cicak tu dan buat-buat tak nampak je. Itulah yang Mama praktikkan sewaktu memasak hari ni. Waaaaa....nak tak nak memang nampaklah Hubby.

Anak dara Mama yang dari tadi kusyuk bermain baru ternampak arwah cicak tu. Apalagi memang tak jejak dapur lah. Nak air, nak makan semua Mama yang ambilkan..Along balik sekolah,terus adik bagitahu dan tunjuk cicak kat along. Memang keluarga penggeli. Waktu makan tu, terpaksalah Mama hidang nasi dan kami makan kat ruang tamu sebab geli bila terpandang cicak tu.

Aik! Sedang Mama menaip kisah ni, tiba-tiba cicak tu terjatuh lak. Ni mesti roh cicak tu tahu Mama menulis kisah kematian tragisnya. Hajat Mama bila Hubby balik kerja petang nanti nak suruh ambilkan gambar Mama bersama cicak tu. Sebagai bukti. (Hehehe tak kuasa i ) tak ada rezeki kau lah cicak nak bergambar ngan Mama. hahaha.

Tapi, Mama gerun jugakla kot-kot geng arwah cicak tu balas dendam kat Mama cam gambar bawah ni.

ilustrasi je...


















Ataupun mungkin cicakman yang tengah nak menyelamatkan orang ke....he he he

cicakman sakit jantung he he he



















Ok la, memandangkan cicak tu pun jatuh ke bawah, Mama berhenti setakat ini dulu. Nanti kalau ada kisah menarik, kita story mory lagi ya. Cau cin cau...


 p/s : moral of the story - jangan sesekali sergah cicak, kalu nk bunoh cicak lastik je terus...he hehe 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pesal x amik je cicak tu wat masak kicap.hehehehehe

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...