Apa menu hari ini ?

Yummy! yummy! Nak masak apelah tengahari ni. Kekadang pening kepala gak mikirkam menu tengahari ni. Kalau Mama masak menu yang sama tiap-tiap hari, bising lak anak-anak Mama. Nak beli bungkus lagilah  banyak rungutnya. Anak-anak Mama memang tak lalu makan di kedai. Sesekali bolehlah..

Namanya pun surirumah tangga sepenuh masa, so nak tak nak kenalah masak....Buka peti ais, nampaklah ayam. Kari ayam, tak boleh, tak boleh. kolestrol kena kontrol. Rendang ayam, kalau ada pulut kuning baru masyuk. Ayam masak kicap, berminyak sangat. Ape ya...ha! dah lama tak masak menu ni.

emm sedapnya

Nasi ayam. Hehehe. First time try masak nasi ayam ni memang terus dapat pujian dari Hubby. Resepi ni kakak Mama yang beri. Nasi ayam ni memang kegemaran sekuarga. Hari-hari biasa kalau makan memang Mama kontrol. Tengah dietlah katakan. Tapi memandang dan menghidu aroma nasi ayam ni memang tak boleh tahan. Hilang mood berdiet he he he.

Kat bawah ni Mama sertakan menu nasi ayam . Caranya serupa je dengan orang lain, yang membezakannya, air tangan seseorang. Cubalah!

Bahan-bahan ( untuk 2 orang )

  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu mentega
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
       Untuk hiasan
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun 

Cara-caranya :-

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan 2 sudu mentega dan daun pandan. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
  6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi 
  7. untuk sambal, ambil sebiji lada besar, 10 biji cili kecil, setengah biji tomato, 4 ulas bawang putih, garam dan gula secukup rasa. Kisar semua bahan tadi.

2 ulasan:

paeijah berkata...

sedap nampaknye nasi ayam tu,x nak buka warung ke,bleh aku mkn free.hehehehehe.....

Norish AqiSya @ Mama berkata...

Hehehe..setakat warung dalam rumah bolehlah.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...