Ayat Al-Qur'an tidak dimakan anai-anai

SubhanAllah! Maha Besar Allah!

Seorang penduduk Tappachabutra, Hyderabad India bernama Md. Farooq, menemui senaskah  Al- Qur'an berusia hampir 100 tahun dirumahnya yang telah dimakan anai-anai. Keseluruhan kulit naskah Al-Qur'an dan kotak meyimpan Al- Quran tersebut telah rosak dimakan oleh anai-anai tersebut. Tulisan terjemahan Al-Qur'an dalam bahasa Urdu juga habis dimakan anai-anai.

Yang menakjubkan adalah... anai-anai  tersebut tidak menyentuh 'HURUF-HURUF ASLI AL-QUR'AN YG BERTULIS DALAM BAHASA ARAB! SubhanAllah!

inilah gambarnya.... 

tuan empunya Al-Qur'an menujukan kepada orang ramai


orang ramai melihat Al-Qur'an itu
hanya tepi ayat sahaja dimakan


ayat Al-Qur'an tidak terusik





Perlukan Homestay Di Kuantan?

Cuti sekolah datang lagi. Mesti ramai yang dah plan nak bawa anak-anak pergi makan angin kan..Ke mana agaknya destinasi percutian anda kali ni ya. Pulau Pangkor, Melaka, Port Dickson, Langkawi atau Cameron Hingland ? Tak kisahlah ke mana tempatnya, yang penting sahutlah seruan kerajaan kita dengan bercuti di dalam negara. Bak kata pepatah ,hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.Pergi kutip emas di negara orang and wat baliklah hasil gadaian emas tu untuk dibelanjakan kat negara sendiri...

Pantai Teluk Cempedak


















Bagi yang sudah kebingungan untuk memilih destinasi percutian, Mama syorkan anda pergilah bercuti ke Kuantan pulak. Selain boleh mandi-manda dan menunjukkan skill berenang kuak lentang di Gambang Water Park, anda juga boleh menenangkan fikiran di pantai Cherating, Teluk Cempedak dan Batu Hitam. Pelbagai cenderahati boleh di dapati di situ sebagai tanda kenang-kenangan.

Tak lupa juga bagi kaum ibu yang suka shopping. Bolehlah habiskan duit suami kita ngan berbelanja di Kuantan Parade atau  East Coast Mall. Hehehe. jangan lupa belikan juga untuk suami ya...

Bukit Gambang Water Park















Bila dah penat berjalan, perut mesti terasa lapar kan. Nikmatilah hidangan ikan bakar, siakap tiga rasa, ketam goreng berlada, sotong goreng tepung, kailan ikan masin  dan kerang rebus di Tanjung Lumpur. Menu ni hanyalah cadangan Mama. Tak ada kena mengena langsung nak promote makanan kegemaran Mama ni, hehehe. Kalau anda sukakan hidangan lain pun ada disediakan. Pendek kata macam-macam ada...pendek yang kata, bukan Mama. Jangan marah arrr...

Mangga ku Dikebas Orang

Waaa...buah mangga yang Mama tunggu-tunggu selama ini akhirnya dikebas orang. Siapalah yang panjang tangan mencuri mangga ni. Sayang betul, setelah dibaja dan dibalut supaya tak dimakan ulat akhirnya hilang begitu saje.

tinggal tangkai je... hu hu hu




















Ceritanya bermula begini. Setelah 3 tahun tanam pokok mangga ni, ini adalah kali kedua ia berbuah lebat. Sebelum ni kalau berbuah pun adalah dalam 10 biji. Itupun bukan semuanya lekat. Usahkan nak sedekah kat jiran-jiran, nak makan sendiri pun tak puas. Raya tahun lepas dapatlah wat balik kampung. Itu pun 2 biji je. Merasalah juga. Mangga ni memang besar dan rasanya pun manis. Kalau betul-betul masak, boleh mencecah saiz sebiji betik. Makan sekuarga pun tak habis. Eh! tak habis, kata sedap. Isinya habis, yang tak habis tu bijinya. Hehehe.

Tapi kali ni memang diluar jangkaan. Setelah sebulan dibaja, ia berbuah lebat sehingga 30 biji. Oklah tu untuk pokok yang berusia 3 tahun. Mulanya Mama tak nak balut buahnya sebab bimbang juga dari jauh sudah nampak memutih kertas balutan. Lagilah cepat lesap buahnya. Hehehe kedekutnya Mama. Semakin lama, buah pun semakin membesar. Risau lak dimakan ulat, Mama pun balut  buah yang berada di bahagian bawah. Buah bahagian atas tak sampai, Mama biarkan menghijau.

Tapi perubahan cuaca yang tak menentu menyebabkan banyak buah yang gugur. Yang masih kekal di atas pokok adalah dalam beberapa biji. Itupun kebanyakkannya buah yang menghala ke luar pagar. Pada suatu hari tu, waktu tengahari, anak-anak Mama sedang tidur, Mama masuk ke dapur, nak buat kuihlah kononnya. Untuk minum petang. Tiba-tiba terdengar riuh suara orang kat belakang rumah. Mama buka tingkap, nampaklah sorang budak perempuan sedang duduk atas motor, dan seorang lagi sedang mengendap kat bawah pokok mangga. Mama pun  menyergah mereka, apalagi budak perempuan yang sedang skodeng buah mangga tu pun buka langkah seribu lah dapatkan kawannya yang berada kat motor tu.

Dalam ketakutan tu pun sempat lagi mereka memetik sebiji lagi buah mangga yang berada berhampiran pagar. Geram pun ada ngan mereka ni. Tak padan ngan perempuan, mencuri lak tu. Petang tu Mama pergilah meninjau keadaan buah mangga tu. Tinggallah beberapa biji je yang berada di bahagian dalam pagar. Yang menghala ke luar pagar memang licin dirembat orang. Tak apalah, Mama anggap setakat itulah sahaja rezeki Mama kali ni.

nasib baik yang dalam pagar x kena curi. la la la


























Buah yang diluar pagar, memang rezeki orang di luar juga. Mama halalkan sesiapa yang mengambilnya, tapi lagi afdal kalau minta izin Mama terlebih dahulu sebab Mama ni bukanlah kedekut orangnya. Rezeki yang ada kita kongsi bersama. Lain kali kalau mangga ni berbuah lebat lagi, jomlah datang rumah Mama. Kita buat kenduri mangga. O.k cau cin cau

10 Artis Korea Tercantik

Demam drama bersiri Korea dan grup K Pop kini sedang melanda di beberapa negara di Asia termasuk negara kita. Ini disebabkan negara Korea kini sedang memperhebatkan dunia hiburan mereka bagi menunjukan kepada dunia tentang kehebatannya. Bukab setakat dunia hiburan malahan dunia otomotif dan elektronik pun kini mereka telah menunjukan taringnya. Alhasil nya, fenomena itu membuatkan populariti artis-artis Korea kini meningkat naik @ naik tocang.

Bagi artis wanita mereka pula, bukan saja terkenal dari segi mutu lakunannya, tetapi juga dikenali karena kecantikannya. 
Berikut 10 artis wanita Korea yang mendapat pengiktirafan  sebagai artis tercantik:-


10. Kim So Yeon
cerita All About Eve















9. Eugene Kim
penyanyi















Wajah Baru.

Taraaa...gembiranya blog Mama dah berwajah baru. Setelah genap sebulan bergelar blogger terasa exited lak nak menghias blog ni. Sebelum ni bila on blog, cam simple sangat nak dibandingkan ngan blogger yang dah
amatur di luar sana. Ialah Mama ni buah cempedak di luar pagar. Setahun jagung pun belum.

pencinta bunga-bungaan

Cari punya cari jumpalah background garden ni. Kali pertama pandang memang terpaut hati. Cinta pandang pertama kata orang. Tapi bila try in kat blog Mama tak ngam lak. Habis semua entry lari. Berserabut sangat tengok.Trylah cari background lain walaupun dalam hati memang dah melekat garden. Jumpalah background flower lak. Nice tapi still mengharapkan garden. Nak wat camne ya, akhirnya Mama guna khidmat editor profesional. Sape lagi kalau bukan pakar it, my Hubby. Hehehe.

Dengan kepakaran dan bakat yang terpendam akhirnya background garden terhasil jua. Apalagi, tersenyum lebarlah Mama.Selepas background berwajah baru ni Mama lebih bersemangat nak update blog. Harap you all juga suka dengan wajah baru blog Mama ni. Ok akhir kata thanks Hubby kerana tak putus asa melayan permintaan Mama yang kadang2 memang demand ni, hehehe. Dalam hati ada taman. Hahaha.  Jom kite enjoyyyy!!! with my " garden ".

Cara Mengatasi Masalah Selipar Jepun Putus Tiba2


Pernahkah anda  mengalami situasi ini, dimana tengah syok jalan-jalan tetiba selipar jepun yang anda pakai terputus seperti gambar di bawah ini?





















Mama  sendiri pernah mengalami situasi seperti itu ... tapi  Mama terus buang dan beli selipar baru, mujur tempat kejadian  tu dekat dengan kedai,  boleh beli, kalau tak balik berkaki ayam lah Mama jawabnya.  Tapi ayam nk pakai ape yek ?……

Tapi sebenarnya, ade cara untuk membuatkan kita boleh memakai selipar yang putus itu buat sementara nak sampai rumah.  Ye lah, kalau nak beli baru pun membazir jugak, kat rumahpun dah berlambak ngan selipar,  atau mungkin masa kejadian tu lupa nak bawak duit lak. Kan naya…..cuma gunakan sedikit kreativiti, semua dapat diatasi.

Caranya seperti di bawah ni :-

Protein Rambut Dalam Roti Dan Pau









 




Oleh Paya Linda Yahya
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Pengguna Islam di negara ini perlu berhati-hati dalam memilih bahan makanan berikutan kajian dilakukan terhadap roti, kek dan pau yang dijual di pasaran ketika ini dikesan mengandungi protein rambut atau ‘L-cyscine’ yang disahkan haram penggunaannya.
Segelintir penyedia bahan makanan berkenaan juga merahsiakan penggunaan ramuan meragukan itu dengan tujuan melembutkan produk dihasilkan, selain rasanya lebih sedap hingga meningkatkan hasil jualan dan menguntungkan mereka.

Difahamkan bekalan protein rambut itu mudah didapati di China sebelum dipasarkan ke negara ini, manakala bahan berkenaan akan diadun bersama tepung untuk menghasilkan kek atau roti.
Perkara berkenaan didedahkan pengasas Piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP), Ahmad Tajuddin Arshad, yang mendakwa kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menemui bahan meragukan di dalam produk bahan makanan itu. Beliau berkata, bahan itu boleh didapati dengan mudah di negara ini kerana yang dijual di pasaran sudah diadun bersama tepung untuk membuat kek, roti atau pau.

“Fatwa mengesahkan pengharaman memakan organ badan manusia dan rambut pula dikategorikan sebagai organ badan manusia. Jadi ia sudah disahkan haram penggunaannya dalam masakan kepada umat Islam.
“Universiti Al-Azhar di Mesir juga mengesahkan fatwa mengenai pengharaman makan organ badan manusia (merujuk protein rambut), manakala kajian CAP, roti, kek dan pau mengandungi protein rambut untuk menjadikan makanan terbabit lebih menarik,” katanya pada Seminar Usahawan IMP di sebuah hotel di sini, semalam.

Sumber : Harian Metro

p/s: Ni yang buat meremang tekak nak makan roti dan pau ni.

Apa menu hari ini ?

Yummy! yummy! Nak masak apelah tengahari ni. Kekadang pening kepala gak mikirkam menu tengahari ni. Kalau Mama masak menu yang sama tiap-tiap hari, bising lak anak-anak Mama. Nak beli bungkus lagilah  banyak rungutnya. Anak-anak Mama memang tak lalu makan di kedai. Sesekali bolehlah..

Namanya pun surirumah tangga sepenuh masa, so nak tak nak kenalah masak....Buka peti ais, nampaklah ayam. Kari ayam, tak boleh, tak boleh. kolestrol kena kontrol. Rendang ayam, kalau ada pulut kuning baru masyuk. Ayam masak kicap, berminyak sangat. Ape ya...ha! dah lama tak masak menu ni.

emm sedapnya

Nasi ayam. Hehehe. First time try masak nasi ayam ni memang terus dapat pujian dari Hubby. Resepi ni kakak Mama yang beri. Nasi ayam ni memang kegemaran sekuarga. Hari-hari biasa kalau makan memang Mama kontrol. Tengah dietlah katakan. Tapi memandang dan menghidu aroma nasi ayam ni memang tak boleh tahan. Hilang mood berdiet he he he.

Kat bawah ni Mama sertakan menu nasi ayam . Caranya serupa je dengan orang lain, yang membezakannya, air tangan seseorang. Cubalah!

Bahan-bahan ( untuk 2 orang )

  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu mentega
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
       Untuk hiasan
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun 

Cara-caranya :-

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan 2 sudu mentega dan daun pandan. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
  6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi 
  7. untuk sambal, ambil sebiji lada besar, 10 biji cili kecil, setengah biji tomato, 4 ulas bawang putih, garam dan gula secukup rasa. Kisar semua bahan tadi.

Selamat Hari Guru.


























Selamat hari guru buat guru-guru seluruh Malaysia, khasnya guru-guru yang pernah mengajar Mama secara langsung ataupun tak langsung. Sudah lama Mama meninggalkan alam persekolahan. Entah kemanalah agaknya destinasi cikgu-cikgu yang pernah mengajar Mama satu ketika dulu ya, emmm...betapa nostalgianya saat bersama guru-guruku.

Seminggu sebelum tibanya hari guru ni, anak bujang Mama sudah beberapa kali mengingatkan Mama tentang sambutan hari guru yang akan diadakan di sekolahnya. Biasalah bila tiba hari guru, hadiah untuk guru seakan menjadi kewajipan. Ada guru-guru secara terang-terangan minta hadiah kat anak murid .Lagi besar hadiah yang dibawa lagi bagus, katanya. Tapi tak kot, untuk cikgu-cikgu Along ni. Along kata, cikgu pesan kalau nak bagi hadiah, cikgu terima kalau tak bagi pun tak ape. Ini baru betul....

Bapa Bunuh Anak Setelah Update Status Facebook


Australia 2011  - Mungkin, update status Facebook lelaki ini adalah salah satu yang paling mengerikan. Dia menulis ’bout to kill ma kid’ atau kurang lebih bermaksud ‘aku akan membunuh anakku’.

Lebih mengerikan lagi, lelaki asal Australia bernama Ramazan Acar ini benar-benar mewujudkan ancamannya. Dia dengan kejam menikam anaknya yang baru berumur 2 tahun berulang kali, sesaat setelah menulis update status facebooknya.

Anaknya bernama Yazmina Acar maut ketika itu juga. Perbuatan yang dilakukan akhir tahun lalu ini dibicarakan dalam proses pengadilan di Australia baru-baru ini.
Kejadian tragik itu bermula ketika mangsa dijaga oleh ibunya yang juga bekas pasangan tertuduh, Rachella D’Argent. Ketika ayahnya datang untuk membawa anaknya, Rachella sama sekali tidak menaruh perasaan curiga.

Namun keduanya tidak kembali lagi. Acar mengirim pesan  pada Rachella bahawa dia akan membunuh anak mereka dan akhirnya merealisasikannya. Kemungkinan Acar sakit hati dengan perpisahan mereka.
Acar menikam anaknya sendiri di bahagian dada dan perut. Sesudah meninggal, mangsa kemudiannya dibuang. Dia kini sedang menjalani proses perbicaraan mahkamah.

Ish ish sungguh kejam manusia ini...binatang pun tahu sayangkan anak.

Jika Kita Merasakan Kehebatan NYA




















Kehebatan Tuhan itu jauh lebih dari seekor harimau. Jika Allah hendak bertindak ke atas kita, Allah tidak akan bertangguh. Dia boleh buat dalam sekelip mata. Mengapa kita tidak terasa kehebatan Tuhan yang amat jauh lebih hebat dari harimau itu?

Seandainya kita sentiasa merasakan kehebatan Tuhan di dalam hati, dan perasaan bertuhan itu kita bawa ke mana-mana, kita tidak akan makan rasuah, jatuhkan orang lain dan lain-lain. Sebagaimana kalau harimau ada di depan kita, apakah masih sempat untuk bergaduh? Tentu tidak. Segala-galanya hilang, yang ada dalam hati ialah perasaan takut akan ‘kehebatan’ harimau itu.

10 Manfaat Ketawa


sudahkah anda ketawa  hari ini?
Ketawa yang ikhlas, datang dari hati yang tulus
Satu ketawa yang ikhlas dan menceriakan adalah suatu ibadah.

















Ketawalah sepuasnya hari ini, kerana hari  esok belum tentu kita boleh ketawa…..

Antara 10 kebaikan ketawa :-

Gempar : Cicak Mati Mengejut.


ilustrasi

Halo guys. Hari ni Mama nak cite satu kejadian yang berlaku kat umah Mama. 
Cite nya bermula begini :)

Wajah artis tanpa make-up

Inilah kuasa make-up, dapat merubah rupa seseorang.
Layan.....

cameron diaz










britney spears











demi moore
















Ratu Hatiku ( IBU )

Dari kiri : ibuku Hajjah Naimah Mat. Kanan : mertua Pn Harisah Abd Malek

      " Bila kuberduka engkau hiburkan selalu. Ibu..., ibu engkaulah ratu hatiku". 
Selamat hari ibu buat mereka yang bergelar ibu, mama, emak, mummy, umi dan yang seangkatan dengannya. 

Teringat lak kat ibu Mama di kampung.Walaupun saban minggu Mama menelefon ibu, rasa rindu tetap menebal terhadap ibu.Tempat tinggal Mama taklah jauh dari kampung, tapi dek kerana urusan seharian yang tak pernah habis, menghalang Mama untuk pulang ke kampung sekerap mungkin.

Hubungan Mama ngan ibu memang akrab. Ibu seorang insan yang begitu mesra ngan anak-anaknya.Tak kira anak lelaki mahupun perempuan, layanan ibu sama rata. Ibu tak pernah berkira atau mengeluh dalam melayan kerenah anak-anaknya yang ramai. 

Semenjak kecil hingga dewasa ibu cuba sedaya mungkin memenuhi keperluan dan kehendak anak-anaknya, biarpun keperluan ibu sendiri terabai. Mempunyai anak seramai 11 orang memang sukar untuk membahagikan segalanya, baik dari segi makan minum, pakai dan kelengkapan seharian, ibu tetap berjuang melengkapkannya.

Ibu bukan saje seorang ibu yang melahirkan, malah juga kawan yang sedia mendengar setiap keluh kesah anak-anaknya. Segala masalah dan persoalan yang kusut bersarang di kepala dapat ibu ungkaikan sekelip mata.

Walaupun usia menginjak tua, ibu tetap berjiwa muda.Cuba memasuki dunia moden dan teknologi. Semuanya  kerana tak mahu adanya perbezaan antara dunia dulu dan sekarang. Agar anak-anak tak terasa keseorangan melayari bahtera kehidupan.

Terkenang sewaktu menjadi anak kecil ibu, dari tak tahu apa-apa sampailah pandai berdiri,  bertatih, dan berlari, ibu tetap berdiri di sisi. Tak mengenal erti jemu. "Bangun nak, bangun, teruskan langkahmu". Berkat dorongan ibu, kini Mama boleh berdiri, "sesekali jatuh itu adat perjuangan", kata ibu.


Walau masa berubah wajah, ibu tetap ibu yang Mama kenali. Tak gentar dan takut dengan permainan duniawi. Mungkin kerana ibu anak sulung, alah bisa tegal biasa. Asam garam kehidupan hanya berada dalam genggaman. Mahunya Mama sekuat ibu, tabah dan tebal jati diri.

Hanya seorang ibu yang memahami naluri keibuan. Tatkala Mama bakal mendapat cahayamata, ibu jualah yang menemani. Sokongan dan kata semangat yang diberi ibu, amat bererti. Hilang keperitan timbul keinsafan, bilamana melihat permata suci. Bertarung nyawa demi seorang penyambung warisan. Dalam hati terdetik kesedihan. Senyuman di bibir menafsir kegembiraan.

Cubit peha kanan, peha kira jua terasa sakitnya. Suatu ketika melihat ibu kesakitan, terasa Mama akan pedihnya. Rasi nya tangan wanita yang bergelar ibu mengubat segala sendu. Ibu, walau tak pernah terungkap, namun ku tahu, ada secebis doa di setiap sujudmu.

Kini ibu, ukirkanlah senyummu, depakanlah tanganmu, dan dakaplah anak-anakmu kerna kami selamanya menyayangi dirimu, kerna kau bergelar Ratu Hatiku.

Akhir kata Selamat Hari Ibu kepada bondaku, Hajjah Naimah binti Mat yang ku panggil "Mek" serta mertuaku yang bernama Harisah binti Abd Malek dengan panggilan "Mak".

"Kau tetap dihatiku".....

bercuti bersama ibu
kini giliran ku bergelar Ibu


Larangan ketika tidur













Latih anak guna otak kanan


















Sepetang di Nursery

Berposing sakan he he he















 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...